Tuesday 14 February 2012

PENGALAMAN TEMUDUGA SPP 2012

SEBELUM INTERVIEW


segala bagai dasar dihafal, study isu semasa, pasal pendidikan, subjek course dan perkara berkaitan




AKHIRNYA TIBA SAAT UNTUK DIDUGA


Borang pemarkahan yang diberikan oleh urusetia untuk di bawa masuk ke bilik temuduga



Suasana di ruang bilik menunggu untuk diinterview di Hotel Sri Malaysia , K.Terengganu
TATACARA TEMUDUGA

oleh : Sya Az (brdsarkan pengalaman temuduga SPP 2012)
*wajib pakai nametag sebelah kiri
*temuduga dalam Bahasa Melayu kecuali panel minta ckp english. tp mmg BM coz prosedur temuduga penjawat awam mmg hanya menggunakan BM except TESL
*ahli panel 2orang.... seorang dari SPP (Dato' Ismail) seorang lg dr KPM (Pn Zah)
* interview berkumpulan (5 orang) mengikut senarai nama yg ada dlm website SPP
*proses temuduga sy dan rakan2 di bilik 1&2....file sijil dan salinan akan dikutip oleh urusetia sewaktu sesi pendaftaran. masa nk masuk tu, kami xdibenarkan bawa handbag. masuk tu lenggang kangkung xbawa apa. buku rph sume dia xminta dan xnk tgk...untuk kumpulan sy, xde microteaching.

*First masuk ketuk dulu. bila dia suruh masuk, baru anda masuk. jarak antara calon dgn meja panel hanya lbh kurang sebuah kerusi..calon duk sebaris menghadap panel ikut susunan nama. mmg dekat la dgn panel...ucap salam dan bila dia suh duduk br anda duduk.
*sebelum mula intvw panel jelaskan prosedur interview. walaupun interview grouping, tp markah individu.

*masa 1 jam / 1jam 15 minit


Friday 10 February 2012

PENGUMUMAN TARIKH INTERVIEW SPP


Pengumuman tarikh interview telah keluar di laman web SPP pada 20 Jan 2012. Calon yang ditemuduga perlu 'alert' dengan sebarang info yang dikeluarkan dan sentiasa cek di laman web SPP tersebut agar tidak terlepas pandang.  Ini bermakna info keluar 10 hari sebelum tarikh interview bermula iaitu 30 Jan 2012. 

Sebelum keluar pemberitahuan tentang tarikh temuduga, sudah kedengaran ura-ura yang interview akan dijalankan pada bulan Januari melalui khabar angin yang bertiup kencang berdasarkan maklumat rakan-rakan dari pelbagai sumber seperti menelefon pejabat SPP untuk mengsahihkan khabar angin tersebut . 

Walaupun maklumat yang diperolehi dari SPP pelbagai versi iaitu  sarankan agar"selalu cek laman web SPP" atau "insyallah akan keluar akhir bulan Januari"bukanlah suatu info yang menyakinkan, perlu bersabar kerana ia mgkin satu kebiasaan yg berlaku sbelum ni sebagaimana dimaklumkan oleh lepasan IPGM yang baru selesai diinterview pada bulan 12 2011, Jarak pemberitahuan dengan tarikh interview memang dekat dan perlu sentiasa alert. Terima kasih kepada pihak SPP atas khidmat pelanggan yang diberikan dan melayan segala karenah kami.


Laman web SPP: http://www.spp.gov.my/

Saturday 4 February 2012

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA

KEMUSYKILAN TENTANG DOKUMEN YANG PERLU DI BAWA


Gambar 1

Gambar 1 kat atas adalah rupa sebenar senarai semak dokumen yang perlu dibawa.


NAK DAPATKAN KAT MANA BORANG SPT DI ATAS?  


buka link ni http://www.mediafire.com/?u5c4x61j774qfr4 dan download, file dokumen tersebut diambil daripada laman web SPP