Saturday, 4 February 2012

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA

KEMUSYKILAN TENTANG DOKUMEN YANG PERLU DI BAWA


Gambar 1

Gambar 1 kat atas adalah rupa sebenar senarai semak dokumen yang perlu dibawa.


NAK DAPATKAN KAT MANA BORANG SPT DI ATAS?  


buka link ni http://www.mediafire.com/?u5c4x61j774qfr4 dan download, file dokumen tersebut diambil daripada laman web SPP



...Gmbar 1 atas tu x berpa jelas kan, skrg tgk Gambar 2 kat bawah, kita fokus satu2

Gambar 2
 (sama ngn gmbar 1 kat ats, yg ni zoom bg besar)


PENERANGAN


1) DOKUMEN YANG DIPERLUKAN: (ASAL DAN SALINAN)

1. kad pengenalan
2. sijil lahir/ surat beranak
3. sijil spm atau stpm (pastikan bawa SIJIL ORIGINAL bukan slip sementara yg anda dpt sblm dpt sijil ori....ada rakan kita yg bawa slip xdpt interview. kalo xde spm, boleh bawa stpm dengan syarat lulus BM untuk kedua2 kertas. xbole salah satu lulus. better bawa kedua2 sijil spm & stpm tp kalo xde boleh bawa salah satu.)
4. sijil ijazah (bawa kedua2 versi BM dan BI)
5. transkrip
-akuan bergraduat (hanya untuk mereka yg belum konvo shj.)


*SETIAP DOKUMEN DI ATAS MEMERLUKAN SALINAN FOTOSTAT DAN COP PENGESAHAN (jika transkrip ada byk helai, cop disetiap helaian salinan yg dibuat)




*boleh tak kalau salinan dokumen disahkan oleh orang yg berbeza-beza.??
respond rakan2 yg dh intrview: BOLEH, TIADA MASALAH

diulang sekali lagi jangan lupa bawa SIJIL ORIGINAL bukan SLIP SEMENTARA (untuk sijil peperiksaan)..ingat tu..jika tak bawa yang ori, kemungkinan tidak dibenar menjalani temuduga.
KEGAGALAN  mengemukakan DOKUMEN ASAL yang dinyatakan menyebabkan tuan/puan tidak akan ditemuduga. 


no.6 tu camne pulak? graduan yang bertugas sebagai guru ganti atau guru interim perlu bawa ke?
 ~XPERLU, klik pada gmbar untuk penjelasan










2) SUSUNAN DOKUMEN


 2.1 BAGAIMANA NAK SUSUN DOKUMEN  ASAL DAN SALINAN


Susunan adalah mengikut senarai semak seperti mana yang dinyatakan dalam LAMPIRAN A (seperti gambar 1 kat ats)~


"Tuan/puan diingatkan untuk menyemak dan menyusun dokumen temuduga berdasarkan  turutan dalam senarai semak."


2.2 ADAKAH DOKUMEN ASAL DAN SALINAN PERLU DIASINGKAN?


YA. 


i)  Dokumen asal diletakkan dalam clear folder/file susun ikut susunan. (tiada perbezaan pendapat drp rakan2 yg dh diinterview)


ii) Untuk dokumen salinan, perlu distapler (ada juga yang pakai klip kertas, so terpulang). 


dokumen salinan perlu diletakkan dalam envelope
~yg lain mngatakan xperlu letak dalam envelope, just selit dengan clear holder tdi.


2.3 BORANG SENARAI SEMAK IAITU LAMPIRAN A, NAK LETAK KAT MANA?



ada mengatakan: 


i)Senarai semak iaitu LAMPIRAN A (seperti gambar 1 kat ats) perlu diletakkan di depan dokumen salinan dan distaplerkan sekali

ii)yg  lain pula mngatakan ianya perlu diletakkan bersama dokumen asal dalam clear folder bahgian depan sekali sebelum ic




*p/s untuk prsoalan di atas, perbezaan respond drp rakan2 yg telah diinterview disebabkan berlainan tempat dan bergantung kepada urusetia di tempat tersebut. Yang PASTI, bawa semua dokumen, dan susun dulu ikut senarai semak dlm lampiran A, dan selebihnya, urusetia akn bgtau cmne caranya sebelum masuk  bilik temuduga,


-----------------------------------------




3) SURAT PENGESAHAN JPA


i) perlu bawa juga ke?


PERLU walaupun tidak dinyatakan dalam senarai semak, kerana ada sesetengah pusat temuduga minta surat ni. (p/s: bawak je, kalau x bawa, kalau diorg nak, mcm mana?) 


ii) nak dapatkan kat mana?


klik link ni http://pengiktirafan.jpa.gov.my/

cara nak isi leh tengok gambar di bawah (klik pada gmbar untuk paparan yg jelas)
selepas diisi akan jd spt dalam gambar contoh di bawah (klik pada gmbar untk lebih jelas)






pas isi, leh print, lebih elok cop sekali bersama salinan dokumen yang lain n bawa sekali masa temuduga.
ada juga kawan yg x cop..xda masalah


iii) print color ke print biasa


mana2..x kisah, asalkan ada





4) SIJIL-SIJIL LAIN TERUTAMA SIJIL KOKURIKULUM


Memang tidak dinyatakan dalam senarai semak. Namun kalau nak bawa, takde masalah. Lebih baik bawa/standby, jika sampai kat pusat temuduga,leh tentukan perlu bawa masuk atau tidak bergntung kepada tempat temuduga.


Pelbagai respond oleh rakan-rakan yang telah diinterview :


i) urusetia xnak pun yang selain drp senarai semak.
ii) boleh letakkan dibelakang selepas susunan dokumen yang original 
iii) dicadngkan letak dokumen tersbut dalam clear folder yang lain, jika penemuduga nak, baru bagi.
iv) ada yg mngatakan ~x perlu bazir2 nk fotostat sijil2 x bkaitan..just y ada dlm senarai semak je..dh msk bilik tu pun penemuduga x tgk pun fail sijil2 asli.duk tersusun elok je kat depan dorg


p/s: yang penting, kalau rasa nk bawa, bawa je untuk stndby, nnti smpai kat sana, urusetia akan maklumkan mcmana, samada dia kata leh bawak masuk atau tidak..





5) RESUME


ramai rakan2 yg dah diinterview tidak sertakan resume, dan ada yang mngatakan ianya tak perlu pun, namun ada yang menasihatkan untuk langkah selamat, bawa je segala dokumen yang berkaitan.




6) GMBAR PASPORT UNTUK DITAMPAL DI SENARAI SEMAK 


ada yang bertanya kena tampal ikut ruangan kotak yang disediakan ke?kalau lebih mcm mana?adakah kena potong untuk sama saiz ngan kotak?


respond drp rakan2 yg dah diinterview:


~xikut size petak tu pon....dia accept
~pegawai tak tegur apa pun pasal gambar








---------------------------------------


SEGALA PENERANGAN DI SINI ADALAH HASIL PERTANYAAN DAN RESPOND DRP RAKAN2 ISMP YANG TELAH DITEMUDUGA


JIKA SEGALA PENERANGAN DI SINI MASIH BELUM JELAS ATAU ADA SEBARANG KESILAPAN, ANDA BOLEH NYATAKAN KEMUSYKILAN/PNDANGAN 


--------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment