Wednesday, 4 April 2012

KAMI MAHU POSTING

Lirik lagu KAMI MAHU POSTING

Kami bakal guru
Didik anak bangsa
Walau dimana saja kami tetap rela
Apa yang penting, kami nak posting kami nak posting

Kami bakal guru
Empat tahun belajar
Ilmu didada, kami mampu laksana
Untuk mereka, masyarakat dan juga negara

Kami mahu posting
Secepat yang mungkin
Sudah lama tunggu, sudah lama bertahan
Mengapa dugaan begini menimpa kami semua

Bukannya merungut tapi kami peka
Bahawa kami ini bakal guru wibawa
Didik anak bangsa demi masa depan peneraju negara

Wahai pihak sana
Kami berharap
Dengarlah keluhan dan juga rintihan

Kami mahu posting
Untuk kepentingan semua pihak





Saturday, 31 March 2012

TARIKH POSTING

Pada 29 Mac 2012, penantian Graduan ISMP yang telah menjalani sesi temuduga SPP pada 31 Jan 2012-14 Mac 2012 semakin menampakkan hasilnya apabila Dr Mohd Puad Zarkhasi mengeluarkan kenyataan beliau dalam surat khabar Berita Harian mukasurat 26.


sumber: Fb OfficialKPM

capture Surat Khabar Berita harian

Khabar ini merupakan khabar yang menggembirakan namun menimbulkan keresahan di kalangan graduan ISMP apabila membaca ayat berikut:




Wednesday, 21 March 2012

Sticker graduan ISMP 2011

Sticker graduan ISMP telah dicadangkan oleh beberapa rakan graduan ISMP. Cadangan ini disambut baik oleh Zaid Abd Rahman dan beliau bersedia untuk design sticker tersebut untuk dijadikan sebagai kenangan dan simbol ukhwah di kalangan graduan ISMP. Cadangan ini disuarakan pada 16 Mac 2012 dan mendapat smbutan yang menggalakkan oleh rakan ISMP.



Design sticker ISMP 2011 belakang dan depan kereta.

Sunday, 18 March 2012

TAHNIAH UNTUK CALON INTERVIEW SPP 2012

Tahniah diucapkan kepada graduan ISMP yang telah menjalani sesi temuduga SPP secara berperingkat bermula daripada 30 Jan- 14 Mac 2012. 


p/s: Mungkin ada calon yang tidak dipanggil atau tidak mengikuti interview kerana ada masalah teknikal atau ada masalah tertentu, didoakan agar dipermudahkan urusan dan mendapat peluang yang sama.


p/s : jumlah calon hanya mengikut senarai nama..tidak tolak yg x hadir iv.. kredit: Wan Nur Izzati



Taburan Calon Temuduga SPP mengikut course dari 30 Jan-14 Mac 2012
Kredit: Mohd Sazwan 


Tuesday, 14 February 2012

PENGALAMAN TEMUDUGA SPP 2012

SEBELUM INTERVIEW


segala bagai dasar dihafal, study isu semasa, pasal pendidikan, subjek course dan perkara berkaitan




AKHIRNYA TIBA SAAT UNTUK DIDUGA


Borang pemarkahan yang diberikan oleh urusetia untuk di bawa masuk ke bilik temuduga



Suasana di ruang bilik menunggu untuk diinterview di Hotel Sri Malaysia , K.Terengganu
TATACARA TEMUDUGA

oleh : Sya Az (brdsarkan pengalaman temuduga SPP 2012)
*wajib pakai nametag sebelah kiri
*temuduga dalam Bahasa Melayu kecuali panel minta ckp english. tp mmg BM coz prosedur temuduga penjawat awam mmg hanya menggunakan BM except TESL
*ahli panel 2orang.... seorang dari SPP (Dato' Ismail) seorang lg dr KPM (Pn Zah)
* interview berkumpulan (5 orang) mengikut senarai nama yg ada dlm website SPP
*proses temuduga sy dan rakan2 di bilik 1&2....file sijil dan salinan akan dikutip oleh urusetia sewaktu sesi pendaftaran. masa nk masuk tu, kami xdibenarkan bawa handbag. masuk tu lenggang kangkung xbawa apa. buku rph sume dia xminta dan xnk tgk...untuk kumpulan sy, xde microteaching.

*First masuk ketuk dulu. bila dia suruh masuk, baru anda masuk. jarak antara calon dgn meja panel hanya lbh kurang sebuah kerusi..calon duk sebaris menghadap panel ikut susunan nama. mmg dekat la dgn panel...ucap salam dan bila dia suh duduk br anda duduk.
*sebelum mula intvw panel jelaskan prosedur interview. walaupun interview grouping, tp markah individu.

*masa 1 jam / 1jam 15 minit


Friday, 10 February 2012

PENGUMUMAN TARIKH INTERVIEW SPP


Pengumuman tarikh interview telah keluar di laman web SPP pada 20 Jan 2012. Calon yang ditemuduga perlu 'alert' dengan sebarang info yang dikeluarkan dan sentiasa cek di laman web SPP tersebut agar tidak terlepas pandang.  Ini bermakna info keluar 10 hari sebelum tarikh interview bermula iaitu 30 Jan 2012. 

Sebelum keluar pemberitahuan tentang tarikh temuduga, sudah kedengaran ura-ura yang interview akan dijalankan pada bulan Januari melalui khabar angin yang bertiup kencang berdasarkan maklumat rakan-rakan dari pelbagai sumber seperti menelefon pejabat SPP untuk mengsahihkan khabar angin tersebut . 

Walaupun maklumat yang diperolehi dari SPP pelbagai versi iaitu  sarankan agar"selalu cek laman web SPP" atau "insyallah akan keluar akhir bulan Januari"bukanlah suatu info yang menyakinkan, perlu bersabar kerana ia mgkin satu kebiasaan yg berlaku sbelum ni sebagaimana dimaklumkan oleh lepasan IPGM yang baru selesai diinterview pada bulan 12 2011, Jarak pemberitahuan dengan tarikh interview memang dekat dan perlu sentiasa alert. Terima kasih kepada pihak SPP atas khidmat pelanggan yang diberikan dan melayan segala karenah kami.


Laman web SPP: http://www.spp.gov.my/